Friday, June 18, 2010

It has been a MONTH!

Hurm, sudah lame rasenya xupdate blog nie...bukan ape...sibuk sangat!! (hem, sibukla sangat ye, heee)....aritu sampai LCCT 20hb May 2010...skang dah 19hb June 2010 dah =) dah sebulan rupenye saya hidup bersenang lenang kat rumah nie @_@ dan...banyak benda yang berlaku sampai xsempat nak diceritakan kat cni...tapi kak ngah pon ade cite sedikit sebanyak aktiviti keluarga...jadi, xperlula saya menceritakan lg kat cni =) tapi mungkin hanya ringkasan saje kut^^ tapi ade jugak yang saya xtaip kat cni...ade yg dah lupe...ngee~ dan ade yg malas nak cite...huhu~
Mei 2010
21hb: Persiapan untuk Majlis Perkahwinan Nisaak
22hb: Majlis Pernikahan & Persandingan Noorulnisaak & Mohsein..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar =)
23hb: Kami semua merehat2kan diri...patotnya kena p massage & spa...baru syok =)
24hb: Bersengkang mata menyiapkan Borang Sasaran Kerja emak tersayang
25hb: Menghantar Borang Permohonan MMC kat Putrajaya...Alhamdulillah sumenye OK!
28hb: Persiapan untuk majlis sebelah lelaki pule
29hb: Majlis Sambut Menantu di rumah keluarga Mohsein & jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi...best bangat!
30hb: Hantar emak tersayang ke Genting Highlands...ade program kat IAB for 2wks...
Jun 2010
1hb: Nilai 3 >> Darul Syifa' >> Lawat Zahirah >> Rao's CLinic >> Satey Kajang Samuri (" ,)
5hb: Wedding & Wedding
6hb: Wedding & Wedding
8hb: Uruskan hal JPA...Balik kampong jumpe Atok Yah...seronoknya... >.<
9hb: Menjalankan tugas sebagai Doktor Peribadi Noorul Aqil Zahirah...kasihan anak buahku...rapid test menunjukkan dia positif H1N1 ;(
11hb: Amik emak tersayang kat Genting Highlands...hurm, otw balik rumah, dikejutkan dengan berita perompak...btw, rumah kitorg selamat...syukur padanya =)
12hb: Wedding...hantar Udin ke KLIA...lawat Os kat Ilp, Kuala Langat...balik rumah seryes penat gile...tumbang teros after maghrib (x_~)
13hb: Gathering with my BFF at Mid Valley...korang memang kawan dunia akhirat =) sayang korang...
14hb: Shopping kat JUSCO jap ngan family...
15hb: Bermulalah menjadi babysitter kepada Noorul Aqil Zahirah selama 4 hari...Zahirah memang seronok tinggal ngn atok Aman & auntie2 dia...tp kitorg yang nak patah pinggang jage dia...sebab dia aktif sakan...huhu~ First day nie kitorg bawak p tesco, main indoor playground =) pastu beli mainan masak2 dia...suke gile dia dapat mainan masak2 tue...siap ade beg lg...
16hb: Berjalan2 kat Taman Tasik Permaisuri dan kak ngah datang rumah, baru balik dari Pulau Kapas
17hb: 2 kotak je baru sampai! Kak ngah balik Serting ditemani Lah...pastu, kitorg amik Lah kat Jusco...kemudian, amik emak tersayang plak..katne eyh?? lupe...pastu p wet market..zahirah suke tgk ikan2 yg dijual...hehe~
18hb: hem, xg jalan2 ngn zahirah...dia ekot temankan nenek dia p appointment gigi kat Fauziah Clinic...saya ade hal =) t/hari tue zahirah p jalan2 kat Tesco naek motor ngn papa dia...dia beli lg mainan masak2...suke la tue...kat klinik gigi, dapat sticker pooh pulak..
19hb: I'm updating my Blog & need to finish my mom's assignment...i will continue it tmr =)
wasalam...nanti saya upload gambar ya =)
 

Saturday, June 5, 2010

ciri2 wanita solehah idaman lelaki soleh (" ,)

1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah" Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara. Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehah: Taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa. Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.


5. Berpegang pada agama~

"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"


6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


8. Tidak mempamerkan keseksian~
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya. 


10. Memahami lelaki

Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!" Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.


11. Tidak terlampau cemburu~

"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

12. Sejuk mata memandang

~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.


13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.


14. Canggih~

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi. 

17. Seimbang~

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa. 


18. Berkeyakinan diri 


19. Mempunyai 'body language' yang baik.

note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

Wednesday, May 19, 2010

a week after I got my MD (~_x)


-my favorite white coat...got secret pocket...huuhu-

            Hurm...actually dah seminggu dapat MD nie...so, banyak sebenarnye yang nak diceritakan kat sini...huhu~ after dapat je MD & surat pengesahan habis belajar, kitorg (aliaa, eka, imah & myself) teros p Simpang tiga tok extentkan pas perjalanan terhad...hurm, actually kitorg stay secara haram kat Sarawak nie sejak 30 April aritu..huhu~ sedeyh kan...dilayan seperti orang asing, kena ade pasport gitu, padahal satu negara Malaysia gak...ramai gak yang xpuas hati...then, on da way, xtau plak kena bawak pasport tue...ingatkan surat pengesahan belajar jer...then, aliaa kena la buat U-turn (illegal ke??ntah le)...thanx aliaa...pastu, kitorg p la kat level 1, then diorg cakap kat level 2...pegi kat sane, kakak tue cakap nape xrenew before 30 April tue...kitorg EXAM la cik kak!!!sume level 6 punye pasal...jom bakar level 6 beramai2...last2 siap gak dokumen kitorg dalam mase nk dekat 2 jam kut...hurm, ye la..lame gak dia buat...xkesahla...asal kan dh siap..paling penting kitorg dapat kuar Sarawak ngn aman...yahoo! pastu, kat bawah ade pos ofis...kitorg p la beli wang pos...best betol, xramai org...so, keje kitorg pon cepat siap..

-hurm, nie la pas yang baru...yay! dapat stay secara halal sampai 30 Jun..haha-
               Pastu, kitorg p la 100%, nak beli kotak2 & soletape....1 kotak 20 sen tau...huhu~ kertas minyak beli kat jinki sbb 100% xde...pastu beli byk plak...sedeyh...dh membazir dh...xpe2, myb nx time akan gune...then, balik lot n xkua mane2 mlm tue sbb ingat nk pack sume barang...huhu~
               Hari Jumaat pon tiba keesokkan harinya...bermulalah aktiviti packing sume barang yg dipos...huhu~ the first thing of course my medical books...then, before nak sedekah kena pk betol2 mane yg betol2 xgune...and sometimes i feel like want to donate all and sometimes i feel like want most of the books..hurm, actually susah jugak nak buat pilihan yang tepat...sebab mane tau time houseman nanti, menyesal plak buku tue dh xde..tapi yang paling penting, all my very own notes, memang dibungkus tok bawak balik...sayang sangat notes sendiri...
-port untuk membalut & soletap kotak..huhu...dah expert dah balut2 sume nie..bole apply keje kat Jusco bhgn balut2 hadiah nie-
-dah kosong rak buku & almari comel nie...tue la tempat bertapa notes2 kesayanganku-
-hurm, kena pilih betol2 buku mane yang nak bawak balik, buku mane yang nak donate & buku mane yang nak dibuang...aduhai, susahnye nak buat pilihan-
-setelah di-shortlist-kan, inilah dia buku2 yang donate kat junior2 tersayang...harap korang akan gune dengan baik & semoga buku tue akan memberi manfaat kat korg ye-
                Then, come our Graduation Dinner..superb...tengok je la picture2 nie...
-just a simple decoration & preparation, but REALLY a superb night with you guys...will misz u all guys...friendship forever k...see you guys in October-
-this is our table...at the center..perfect! and all of us are VVIP..huh-
-hurm, apela yg si Iz ngn Nabilah tengok ye??usha kite ke?hehe-
-the food is really delicious...Hilton da besh! eat until your stomach explode...haha-
-i am with Audrey; the only Sabahan in our batch-
-i am with Chee Seong; my partner for foster family-
-cantek gambar ni...LIKE! ade cahaya keimanan antara Aliaa & Sandya-
             Ingat nak pos ari sabtu...pastu banyak gile barang yg xdibungkus lagi...then, kena la tukar plan...pos ari isnin ke selase...lagipon isnin petang tue kitorg ade potluck ngn kak yati =) 
-kitorg sume memang comel...peace!-
-posing menongkat dagu...huhu...jadilah jugak nie walaupon kena tonggek..haha-
-nak kena tembak?? teringat kata2 Dr Hamidon few days before exam kitorg...dia present pasal acute management of stroke...then, dia cakap "if something happen to your family (stroke), pecut your car but make sure xde polis yang suke2 hati lepaskan tembakan, then ur family still have high chance to live"-
               Setelah siap semua kotak dibungkus & dibalut kemas2, maka bermulalah aktiviti mengepos sume kotak2...kitorg pinjam kancil Eda...so, kenala buat 2 trip at least...huhu~ kitorg memang berniat nak pos via pos malaysia kat satok tue sbb pos malaysia murah...sampai je kitorg kat sane, pos ofis tue dh mula beroperasi rupe2nye...pastu, kitorg letak la kotak2 kitorg ke dalam pos ofis tue...pastu, xdisangka2, diorg nie xmesra pelanggan betol...kitorg kena halau sbb hantar kotak banyak sgt...dorg cakap ofis dorg kecik, mane muat sume kotak2 kitorg...pastu diorg suh kitorg pos kat Pending...dh la kitorg xtau katne...tapi sbnrnye kat sebalah Baba Ganosh je...jauh tue...geram betol...tapi berbaloi sangat2, sebab diorg mesra pelanggan...siap cakap "5 kotak nie je?p la amik lagi" huuu...pak cik, kalo kitorg tau pak cik baik sgt (xmacam staf pos malaysia satok tue), kitorg mesti dh awal2 p kat Pending nie...tapi ade 2 staf kat pos malaysia Satok yg uruskan kitorg punye kotak tue baik...yg jahat tue bos dia (pompuan yg berbadan kecik) & abang yg dok kat kaunter 2...geram betol...padahal pelanggan yg ade dalam pos ofis tue cume kitorg ngn 2 org lg...buat keje sikit pon xbole...menyampah! (sebijik ayat mama Dani dlm cite diari romeo...Dani yg dilakonkan oleh Achik spin)
             -sumenya 13 kotak...xcaye??kire la...kalo salah, confirm dulu math dapat B at least..huhu...tapi ade lg 1 kotak yang belum dibalut..hehe, so total is 14 boxes...cayalah...ntah apela ade dalam tue yerk...kehkehkeh-
-hurm, kotak & beg baju...beg nie tok masok kargo...xtau la excess ke x...harap xla-
-hurm, canteknye kotak2 nie setelah dibalut & letak address...but i dont think nanti sampai akan cantek sebegini juge...huhu...tapi harapnye akan sampai ngn baek la-
                Pastu, kitorg pon p la town, Imah ingat nk jalan2 kat kedai depan waterfront..tp last2 dia temankan ain p beli kek lapes...banyaknye beli kek lapes, sampai xterlarat nak angkut sume...hopefully x excess la time balik nant...huhu~
-kamikaze x??nak beli kek lapes siap sampai kena menyeberangi sungai naek sampan tue-
-peace...sampan ini bukan kami orang punye...of course la...siap ade cerek & sidai baju lagi kat situ...haigo~ sekejap je dah sampai...sangat berbaloi dari berhabes 10rm minyak kete tok pegi seberang sane...huhu-
             Then, kitorg pon p la balik Lot sbb aliaa mintak tumpang after dorg sume hantar kete kat Pending...Pending lagi! tapi lokasi tersebut rupenye memang sangat jauh....jauh gile...bole sesat agak2nye la...kate nk pegi kol 11.30, dan2 kol 12.30 kowt pegi...kitorg agak geram juge...huhu~ dh la lapar gile...kitorg xmakan lagi...perot dh kembong sebab byk minum air...pastu, balik dlm 2.20...kitorg makan kat Amah...this is for the last time...huhu~ uncle belanje air sirap limau...nyam2 sedapnye...tapi lagi sedap kalo uncle belanje nasik beryani...hahaha...nx time ya uncle =) pastu kitorg tgkp gmbr ngn uncle n auntie...
            Malam p kua ngn jnior buddy...ngn lesa & anthony...meriah betol...1st ingat nak makan kat atmosphera...tp thai & chinese food xde...so, kitorg ubah plan...last2 makan kat MANGO...seryes sedap..nx time nk makan kat sane lg la...dh la servis cepat...xmenyesal tuka plan n patah balik ke mango...huhu...thanx~  
-i am with my junior buddy & junior2 buddy..thanx Anthony for your treat...marverlousss-
-i like this picture! why got ship eh? should have mango instead of ship...this is not 'restoran nelayan'...huhu-
             Pastu, keesokkan harinya, bermulalah aktiviti total house cleaning...sangat penat actually...tapi hasilnya berbaloi...canteknya bilik & apartment ku...kan best kalo time study week aritu sebersih cmni...tp memang agak susah nk maintain kebersihan rumah nie...sbb bile kitorg kemaskan jerk, ade je manusia yang xtau menghargai kebersihan...dalam mase 10 minit je, dia dh bole sepahkan...geram betol...memang pengotor!!xpenah nampak pon dia kemas...mungkin memang dilahirkan sejak azali begitu...paling kesian sape yg kena kongsi rumah/bilik ngn orang cmtu...manusia perangai cmtu memang sangat3x terok! orang lain teraniaya!!!! geram betol...tolong la belaja untuk jadi pembersih...kitorg nie fakulti perubatan & sains kesihatan OK...sangat2 geram ngn si pengotor...tp alhamdulillah rumet ku pembersih...Izzah, jgn jd pengotor...sume tue akan mencerminkan diri kita...jgn sampai org cakap "nampak je pakai baju cantek2, tapi tengok bilik, perangai...pergh!!!" xpela...ta mau cakap ape2 lg...harap org cmni akan berubah...hurm, ini bukan sesi tok mengumpat ye...harap maklum...k la, kepada sesiape yg berkenaan, sila lah berubah..banyak kali ditegur plak tue...memang xpaham bahasa!! hurm, skang sume pon dh sangat2 bersih...patot bagi 10 bintang nie..huhu~ ape2 pon, let me have a very good days before going back tmr...haha...alhamdulillah, bersihnye...Izzah, nanti make sure bilik kemas & bersih before korg kua dari apartment 319 nie ye...but I dont think so they will clean the apartment ("_")? xpe...kite tunggu & lihat saje lah..
-1st of all ialah rak buku...nie kena bersihkan elok2...nak bagi kat Eda & Marfiza-
-then, must clean the toilet!! bersihnye ain cuci toilet nie...huhu-
-wow! sangat bersih...superb! hehe-
-next is my room of course! naseb baek dapat saiz bilik sedang2 je...nak kemas pon xpayah..huhu-
-after that is the kitchen...wah, berkilatnye lantai...siap memantul2 lg cahaya ya...cermin free..hehe-
-last but not least is the shoes...hurm, kalau la hari2 bersusun camni, kan senang hati balik apartment...rase nak campak bawah je kasut sesape yang xmau letak kat rak...teringat kat KUSESS...camtu la dorg train student supaya everytime tinggalkan dorm, susun selipar kemas2 & elok2...kalo x, cari la korg punye selipar kat bawah ye-
-finally, this is my very nice, cute, clean & memorable 319D room since year 1...for 4 years i've been there...and 4th year being the most BEST moment when I got this single room without roomate...hehe-
             -nampak sangat luas bile dah kuarkan rak2 buku & meja Jepun-
                Hurm, esok my flite kol 710 mlm...so, kenala bertolak kol 530 petang..huhu~ semoga air asia x delay & sampai ngn selamat...Kay ell, wait for me!!! misz u lotzzz....bye2 Kuching =) 
-Beg untuk dibawak balik esok...yay! satu beg khas tok kek lapes..lagi satu tue baju je...huhu...dan juge selimut tercinta =)-

Thursday, May 13, 2010

alhamdulillah =)

Alhamdulillah
After 5 years studying Medicine at FMHS, Unimas...Finally I made it! A very great thankful to the most gracious and the most merciful, Allah swt for all the success that I got from the day I stepped my foot at FMHS building until today...and the most important persons in my life >> mak and abah...the one who always beside me during the toughest and happiest time...thanks to mak and abah for their prayer...trillion thanks to them...and love them very very much! this is my gift for both of you! Dr Noorul Ain A. Rahman, you made it! 
The announcement of the FPE results...and I actually didnt come..hehe~ then, suddenly become famous today...huhu~ everybody searching for me...never mind, at least I made it! 
Let's say it loud! hip hip hooray!!! haha, this picture is very funny...we had a photo sesion outside actually...and the photographer ask us to say 'satu malaysia'...then, when taking picture with dean, the photographer also want us to say 'satu malaysia'...then, got several person reply 'ala, xbest la =('...haha...funny lorh...then, dean say, 'ok, we jerit hip hip hooray...when i say hip hip, all of you say hooray!'...then, all of us agree =) haha~ lawak betol...
Hurm, maybe this is the only thing that I can share here..later will add somemore...tomorrow, we will have a GREAT  dinner...for all the 5 years of hardworking, we deverse to have it! hope so...that tomorrow will be 'a night to be remember!' and I will miss all of you guys....it was a very good, great and happiest moment ever after to be with all of you guys for the past 5 years =) syukur alhamdulillah...no more word that I can say^^

Wednesday, April 28, 2010

what the heck is this???

 ("_") TOMORROW ??
While i am in the critical time of finishing my so called 'unFINISHed revision', yet i need to attend the SPA interview whose exam i don't know i pass or not...the interview made me soooo mad as the Level 6 know nothing!! makan gaji buta ape?? geram betol!! and they told us last minute...very stressful right??while we are in the middle of study week, we need to settle all those ntah ape2 thing la...padahal memang nanti keje kat hospital pon!!!!!  and there are a lot of things that i need to find out and to hafal all those unimportant thing sedangkan all the medical classification, antibiotics and stages i havent hafal lagik!!!
Most important thing: CARTA SPA
Ketua Pengarah SPA: Y Bhg Dato Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri
Timbalan Pengarah SPA: Y Bhg Dato' Ahmad bin Said
S/U SPA: Y Bhg Dato' Lamein bin Sawiyo
2nd important thing: CARTA KKM
Menteri: Y B Dato' Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Y B Datuk Rosnah Shirlin Bt Haji Abdul Rashid Shirlin
Ketua S/U: Dato' Sri Dr Haji Mohd Nasir B Mohd Ashraf
Ketua Pengarah Kesihatan: Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Ismail B Merican
3rd in the list: Menteri2
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
TPM & Menteri Pendidikan: Tan Sri Mohyiden Yasin
Menteri Pengajian Tinggi: Tan Sri Khalid Nordin
4th in the list: RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan 
Kedaulatan Undang2
Kesopanan & kesusilaan
5th must know: all the list here
 
akta perubatan 1971
H1N1
DYMM
Klinik 1 Malaysia
dengue or malaria
I don't know where to read all those in list 5. I don't know much about H1N1. How about dengue and malaria? Is it about the cause of it? the spread? P. knowlesi is the  new plasmodium group found by Prof Balbir that can  spread the malaria =)  They hide in a monkey name macaque. The name is funny! Makan kueh...kueh ape??kueh tiau! haha~ If this the only thing that they want to know *sigh*
Last but not least, dont forget Agong's name!
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Hurm, now only i know his name! how he looks like le??
later if they show me the picture, sure i dont know...
eventho i just said to them confidently the Agong's name
*sigh*
That's all for today...i need to prepare all those thing! luckily the certificate holder has been ready! thanks to the one who helps me in preparing all those thing =) and my turn is tomorrow. hope tomorrow will be such a lucky day^^ and God, help me in whatever i do. Please ya ;)

Tuesday, April 27, 2010

Inilah kisah "kasih sayang yg tak berpenghujung!"

Buat paparan semua sebagai teladan =) 

                       Aku cuma ada seorang adik lelaki . Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari , untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu , aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah .
                       Petang itu , pulang saja dari sekolah , ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding . Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah . "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah . Kedua-dua kami membisu , cuma tunduk memandang lantai . "Baik , kalau tak mengaku , dua- dua ayah rotan !" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku . Tiba-tiba , adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata , "Saya yang ambil! " Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu , hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik .
                        Aku gamam , lidah kelu untuk bersuara . Walau perit menahan sakit , setitis pun airmata adik tak tumpah . Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai , ayah merungut : "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri . Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak? " Malam itu , emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik . Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati . Namun adik cukup tabah . Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk . Melihat keadaan itu , aku meraung sekuat hati , kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar . Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata , "Jangan menangis kak , semuanya dah berlalu! " Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik .
                   Tahun bersilih ganti , peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku . Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti . Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu . Aku terdengar ayah berkata , "Zah , kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran . Abang bangga sekali!" . "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak . "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya . Dia berdiri di depan ayah dan ibu . "Ayah , saya tak mahu ke sekolah lagi! " Perlahan-lahan ayah bangun , membetulkan ikatan kain pelikatnya dan merenung wajah emak , kemudian wajah adik dalam-dalam .
                  PANGGGG !!! sebuah penampar singgah di pipi adik . Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis . "Kenapa kamu ni? Tahu tak , kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu , ayah akan lakukan! " . "Orang lelaki kena bersekolah . Kalau tak , dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan , " aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan ... biarlah kakak yang berhenti. " Tiada siapa yang menyangka , dinihari itu adik tiada dibiliknya . Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada . Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata , terdapat sehelai kertas yang tercatat ... "Kak ... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah . Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak ." Apa lagi yang saya tahu selain meraung? Ayah termenung , jelas dia cukup kecewa . Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah .
                        Suatu petang ketika berehat di asrama , teman sebilik menerpa : " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" . "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik . Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen . "Kenapa sebut orang kampung , sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab , "Akak lihatlah pakaian adik ni . Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya !! Aku cukup tersentuh . Tanpa sedar , air jernih mengalir di pipi . Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik . Dalam suara antara dengar dan tidak , aku bersuara , "Akak tak peduli apa orang lain kata."
                Dari kocek seluarnya , adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu . Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata , "Kak , saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni , saya beli satu untuk akak." Aku kaku !! Sepatah kata pun tak terucap ..!! Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan . Tamat semester , aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen . Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih , tak seperti selalu . "Emak , tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." . "Adik kamu yang bersihkan . Dia pulang kelmarin . Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya . Cantik senyum adik . Kami berdakapan . "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya . "Tak ! Kak nak tahu ? semasa bekerja sebagai buruh kontrak , kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa . Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras. " Apalagi ... aku menangis seperti selalu .
                Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun . Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik . "Kalau adik terima jawatan tu , apa kata orang lain?" kata adik : "Adik takde pelajaran . Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada ." . "Adik tak ke sekolah pun kerana akak ." kata ku memujuk . "Kenapa sebut kisah lama , kak?" katanya ringkas , cuba menyembunyikan kesedihannya . Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada . Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung , juruacara majlis bertanya , "Siapakah orang yang paling anda sayangi? " Spontan adik menjawab , "Selain emak , kakak saya ! " katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati .
                       "Semasa sama-sama bersekolah rendah , setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah . Suatu hari tapak kasut saya tertanggal . Melihat saya hanya memakai kasut sebelah , kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya . Dia berjalan dengan sebelah kasut . Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " . "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri . Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu . Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila ."
                Sebaik adik tamat bercerita , aku meluru ke pelamin , mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria . Ya Allah Ya Tuhanku ... aku redha akan ujian dari-MU ... pintaku , berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini . Amin ..

(*,*)V

Critical time!!!
               Today is 27th April 2010 already...and it is only another 5 days count to my Final Professional Exam!! What can i do within this few days??? There are soo many chapters that i haven't cover, seriously --> Paediatrics, Surgery, ENT, Dermatology, Forensic, Oncology, Family Medicine, Psychiatric, Radiology and Anaesthesiology...The revision class made me stress somemore...The longer it took, the more i felt i know nothing...HOW le??
                   GOD is the only one that i can depend on =) I praise to Allah that i can answer all the question calmly and with enough confidence. And to the examiner, don't be malignant and cruel to me....I am just a very cute and good creation by The Almighty...As long I can be a safe doctor to the community, please do pass me. I know God knows better. Help me Ya Allah, do not block my mind whenever my catecholamine surge occur...Help me to go through this two weeks exam successfully and go back with smile =)
                  Hurm, must pass this exam! Eventhough stress, I am still happy because my buddy gave me chocs...waa, love it! Last but not least, fighting! I will struggle until the last drop of my blood. Man Jadda, Wa Jadda! Never surrender before the war =)

Sunday, April 11, 2010

that is =)

Fighting!


This is my handmade bookmark..very like it =)

This was what written at the back...really motivated me! The date was written there...4 years ago seyh...huhu~

And this is my very cutie second niece...sure she said in her mind "what is that? i can't read yet =)" don't worry dear, later you will know how to read it^^

Friday, April 9, 2010

nOOruL's family (x_~)


 My family is everything to ME!
I have 7 siblings which were born by both of our parents; Haji A Rahman bin Mohamad and Hajjah Zaharah Haji Borhanudin. I love my family so much, and here I want to share a bit about my family. 
This picture was taken when we were at Sarawak..of course! because my twin and I were born at Sarawak (SGH; my current teaching hospital..hehe)...can anyone tell me which one is me??hehe~
Then, the story started with the eldest to youngest...here we go~
 
Noorulzaki Bin A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 1993.
Dilahirkan pada 27 Januari 1981 di Johor Bahru.
Memiliki Diploma Pegurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang 
sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di 
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
Merupakan seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia berpangkat Leftenan TLDM dan sekarang menjawat jawatan sebagai Pegawai Pengenalan Barang Laut dan Jabatan Awam di Kementerian Pertahanan.
Beliau kini sudah berkeluarga dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.
”Jangan nakal-nakal. Mencontohi teladan yang baik, pemangkin ummah cemerlang”


Noor Hidayah Binti A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 93-94
Dilahirkan pada 2 September 1982 di Johor Bahru.
Memiliki Sarjana Muda dalam Matematik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Penang  
dan Sarjana dalam Statistik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Merupakan Guru Matematik di MRSM Serting.
Beliau kini sudah berkeluarga dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.
”Usaha tangga kejayaan”


Nurul Izuddin Bin A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 93-96.
Dilahirkan pada 26 Jun 1984 di Johor Bahru.
Merupakan seorang anggota PALAPES yang memiliki Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik dari UTM, Skudai
dan baru sahaja menamatkan Sarjana Kejuruteraan dari UTM, Skudai.
Beliau kini memegang sijil Sarjana Muda dan Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik.
”Best man always win”

Noorul Ain Binti A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 93-98.
Dilahirkan pada 16 Julai 1986 di Kuching, Sarawak.
Merupakan penuntut tahun akhir dalam Sarjana Muda Kedoktoran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
“Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna”


Noorulnisaak Binti A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 93-98.
Dilahirkan pada 16 Julai 1986 di Kuching, Sarawak.
Memiliki Sarjana Muda dalam Bachelor of Science (Biotechnology) di Monash University.
Beliau kini menjadi Eksekutif di Chemoscience (M) Sdn Bhd.
“Man Jadda, Wa Jadda! Siapa yang berusaha, dia akan mendapat apa yang diusahakan (kejayaan)”


Noorul Fadilah Binti A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 94-99.
Dilahirkan pada 1 Oktober 1987 di Kuching, Sarawak.
Merupakan penuntut tahun akhir dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UTM, Skudai.
”Never cry before try. Never surrender before the real war” 


Noorul Firdaus Bin A. Rahman
Pelajar SKTHO tahun 98-03.
Dilahirkan pada 23 Mac 1991 di Perlis.
Merupakan penuntut di Institusi Latihan Perindustrian, Banting, Selangor.
”Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” 



That's all I want to share...Credit to abang long because he helps me a lot doing all these thing..that is why la the sentences in Malay =) In a nutshell, I love my family soo much and my family is everything...muahxx^^