Friday, June 18, 2010

It has been a MONTH!

Hurm, sudah lame rasenya xupdate blog nie...bukan ape...sibuk sangat!! (hem, sibukla sangat ye, heee)....aritu sampai LCCT 20hb May 2010...skang dah 19hb June 2010 dah =) dah sebulan rupenye saya hidup bersenang lenang kat rumah nie @_@ dan...banyak benda yang berlaku sampai xsempat nak diceritakan kat cni...tapi kak ngah pon ade cite sedikit sebanyak aktiviti keluarga...jadi, xperlula saya menceritakan lg kat cni =) tapi mungkin hanya ringkasan saje kut^^ tapi ade jugak yang saya xtaip kat cni...ade yg dah lupe...ngee~ dan ade yg malas nak cite...huhu~
Mei 2010
21hb: Persiapan untuk Majlis Perkahwinan Nisaak
22hb: Majlis Pernikahan & Persandingan Noorulnisaak & Mohsein..Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar =)
23hb: Kami semua merehat2kan diri...patotnya kena p massage & spa...baru syok =)
24hb: Bersengkang mata menyiapkan Borang Sasaran Kerja emak tersayang
25hb: Menghantar Borang Permohonan MMC kat Putrajaya...Alhamdulillah sumenye OK!
28hb: Persiapan untuk majlis sebelah lelaki pule
29hb: Majlis Sambut Menantu di rumah keluarga Mohsein & jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi...best bangat!
30hb: Hantar emak tersayang ke Genting Highlands...ade program kat IAB for 2wks...
Jun 2010
1hb: Nilai 3 >> Darul Syifa' >> Lawat Zahirah >> Rao's CLinic >> Satey Kajang Samuri (" ,)
5hb: Wedding & Wedding
6hb: Wedding & Wedding
8hb: Uruskan hal JPA...Balik kampong jumpe Atok Yah...seronoknya... >.<
9hb: Menjalankan tugas sebagai Doktor Peribadi Noorul Aqil Zahirah...kasihan anak buahku...rapid test menunjukkan dia positif H1N1 ;(
11hb: Amik emak tersayang kat Genting Highlands...hurm, otw balik rumah, dikejutkan dengan berita perompak...btw, rumah kitorg selamat...syukur padanya =)
12hb: Wedding...hantar Udin ke KLIA...lawat Os kat Ilp, Kuala Langat...balik rumah seryes penat gile...tumbang teros after maghrib (x_~)
13hb: Gathering with my BFF at Mid Valley...korang memang kawan dunia akhirat =) sayang korang...
14hb: Shopping kat JUSCO jap ngan family...
15hb: Bermulalah menjadi babysitter kepada Noorul Aqil Zahirah selama 4 hari...Zahirah memang seronok tinggal ngn atok Aman & auntie2 dia...tp kitorg yang nak patah pinggang jage dia...sebab dia aktif sakan...huhu~ First day nie kitorg bawak p tesco, main indoor playground =) pastu beli mainan masak2 dia...suke gile dia dapat mainan masak2 tue...siap ade beg lg...
16hb: Berjalan2 kat Taman Tasik Permaisuri dan kak ngah datang rumah, baru balik dari Pulau Kapas
17hb: 2 kotak je baru sampai! Kak ngah balik Serting ditemani Lah...pastu, kitorg amik Lah kat Jusco...kemudian, amik emak tersayang plak..katne eyh?? lupe...pastu p wet market..zahirah suke tgk ikan2 yg dijual...hehe~
18hb: hem, xg jalan2 ngn zahirah...dia ekot temankan nenek dia p appointment gigi kat Fauziah Clinic...saya ade hal =) t/hari tue zahirah p jalan2 kat Tesco naek motor ngn papa dia...dia beli lg mainan masak2...suke la tue...kat klinik gigi, dapat sticker pooh pulak..
19hb: I'm updating my Blog & need to finish my mom's assignment...i will continue it tmr =)
wasalam...nanti saya upload gambar ya =)
 

Saturday, June 5, 2010

ciri2 wanita solehah idaman lelaki soleh (" ,)

1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah" Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara. Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehah: Taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa. Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.


5. Berpegang pada agama~

"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"


6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.


8. Tidak mempamerkan keseksian~
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya. 


10. Memahami lelaki

Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!" Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.


11. Tidak terlampau cemburu~

"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

12. Sejuk mata memandang

~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.


13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.


14. Canggih~

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari, Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata, "Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi. 

17. Seimbang~

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa. 


18. Berkeyakinan diri 


19. Mempunyai 'body language' yang baik.

note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)